Logik Matematik

Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada pengalaman kanak-kanak berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz dan bentuk yang berbeza-beza serta memanipulasi nombor-nombor yang ada disekeliling mereka.

Menurut Jean Piaget, setiap kanak-kanak normal berupaya memahami matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan menarik perhatian mereka. Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial, masa, bahasa dan kefahaman berkenaan pemikiran kanak-kanak.

Antara contoh website berkenaan Matematik yang boleh dilayari ialah http://www.cookie.com/kids/games/mathgames.html. 


Di website ini menyediakan games online yang percuma bagi para pengguna. Terdapat lebih daripada 30 permainan berkaitan dengan matematik di website ini. Antaranya ialah :

Permainan ini di beri nama 'Learn to Count' dan sesuai untuk kanak-kanak yang berumur antara 3-5 tahun. Permainan ini akan mengajar kanak-kanak untuk mengira dengan hanya mengklik pada gambar sahaja. Contohnya mempunyai 3 gambar kucing dan perlu klik pada gambar pertama. Apabila klik pada gambar pertama, akan keluar suara 'one', klik pada gambar kedua akan keluar suara 'two' dan seterusnya. Permainan ini hanya mengajar kanak-kanak untuk mengenali nombor-nombor yang mudah. Permainan ini juga boleh meningkatkan kebolehan kanak-kanak menguasai kemahiran awal kanak-kanak.


Antara contoh yang lain ialah 'Color Subtraction'. Permainan ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur antara 5-6 tahun. Permainan ini juga boleh di pilih tema mengikut kesukaan kanak-kanak. Contohnya mempunyai tema arnab, kuda, orkid dan macam macam lagi. Cara permainan ini ialah menjawab soalan matematik contohnya 1+0 = ? dan akan mempunyai gambar tema yang dipilih untuk diwarnakan. Kanak-kanak hanya perlu menjawab soalan dengan betul dan klik pada jawapan yang betul contohnya nombor 1. Jika betul, barulah kanak-kanak boleh mewarnakan gambar tersebut. Jika salah, gambar tersebut tidak boleh diwarnakan sehinggalah dapat jawapan yang betul. Permainan ini juga mempunyai masa dan boleh diuji mengikut kepintaran kanak-kanak.

Permainan ini dapat meningkatkan kanak-kanak untuk memahami konsep nombor 1-10. Selain itu, permainan ini juga dapat meningkatkan kebolehan kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah disamping dapat mengenal warna-warna yang berlainan.

No comments:

Post a Comment