Fokus Website


1. Ziggity Zoom
Ziggity Zoom merupakan website untuk kanak-kanak pra sekolah, website ini lebih kepada mencetus atau merangsang ke arah imaginasi kanak-kanak. 

Antara menu panduan yang disediakan ialah :
                         1.      Family
                         2.      Craft
                         3.      Food
                         4.      Printables
                         5.      Learning
                         6.      Tech
                         7.      Kids
                         8.      Activities
                         9.      Blog 
                        10.     Easter
10 menu panduan ini mempunyai kebaikan yang tersendiri di dalam website ini. Tetapi dari segi ICT untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak, kita boleh menggunakan panduan ke 6 iaitu Teknologi (Tech). Teknologi ini lebih kepada aplikasi game didalam iphone, ipad , komputer dan sebagainya. 
Contohnya :
1.    Aplikasi Appy Valentine's Day.

                           
2. Aplikasi Best iphone.

                           
                           
Ibu bapa boleh download software ini ke dalam  ipad dan iphone.

KEBAIKAN
Aplikasi ini dapat meningkatkan kemahiran motor halus kanak-kanak kerana ianya hanya menggunakan jari sahaja. Malah alat permainan ini boleh menambahkan perbendaharaan kata kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris.
KELEMAHAN
Permainan ini haruslah dikawal oleh ibu bapa kerana jika kanak-kanak terlalu menghabiskan masa mereka terhadap alat permainan ini, berkemungkinan mereka akan mengalami masalah dalam perkembangan berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana permainan ini tidak melibatkan komuniti yang lain.

Selain itu sukatan pemakanan  untuk kanak-kanak juga telah disediakan dalam menu panduan food. 
Contohnya :
KEBAIKANNYA
Sukatan pemakan ini mengikut kesesuaian untuk peringkat kanak-kanak. Ibubapa boleh menggunakan panduan sukatan pemakanan ini untuk anak-anak mereka. Terdapat pelbagai lagi sukatan pemakan yang terdapat didalam website ini untuk dijadikan panduan untuk semua ibubapa. 

Bahagian Utama Untuk Kanak-Kanak

Dalam ziggity zoom ini terdapat 6 bahagian utama untuk kanak-kanak.Kanak-kanak boleh memilih bahagian mengikut kesukaan masing-masing. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik disetiap bahagian yang dipilih.
Contohnya :
  1. Games 
  2. Coloring 
  3. Stories 
  4. Playwords
  5. Activities
  6. Videos.
Penerangan :
1. Games 
Permainan akan ditambah lebih banyak pada setiap bulan oleh Ziggity Zoom.
Contohnya :
                                                        
2. Coloring
Kanak-kanak boleh mewarna secara online dan juga boleh dicetak.
Contohnya :      
                                                       
3. Stories 
Kanak-kanak boleh mendengar cerita dengan menggunakan audio suara.
Contohnya :
                                                      
4. Playwords
Halaman ini adalah suatu permainan kanak-kanak untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baru. 
Contohnya :
                                                      
5. Activities
Mempunyai pelbagai aktiviti yang kreatif dan merangsang minat kanak-kanak untuk mencubanya.
Contohnya :
6. Videos
 Video ini mempunyai unsur-unsur pembelajaran untuk kanak-kanak.
Contohnya :


2. Childtopia
        Childthopia diasaskan pada bulan September 2004 berdasarkan matlamat menawarkan permainan ludic dan pendidikan untuk anak-anak. Semua bahan-bahan dilengkapi dengan kriteria psiko pedagogi yang mengukuhkan tugas yang dilakukan oleh pihak sekolah dan persekitaran keluarga. Childtopia mempunyai 11 kandungan permainan dan berbentuk pendidikan seperti gambar di atas.
Sasaran umur : 

Laman Web Childtopia direka untuk kanak-kanak berusia antara 5 hingga 10 tahun.
KELEBIHAN :
  • Katalog Childtopia, yang berada di bawah pertumbuhan yang tetap, terdiri daripada beratus-ratus permainan interaktif yang boleh dinikmati di Internet dengan melanggannya atau menikmati permainan tersebut dengan cara lain seperti membeli sebuah CD-ROM. Dengan ini mereka tidak perlu on-line untuk bermain permain interaktif tersebut
 

  • Chiltopia menggunakan sikap  mesra pelanggan apabila kita boleh menggunakannya untuk berkongsi dengan dunia luar. Misalnya melalui jigsaw-photo, kita boleh berkongsi menggunakan gambar sendiri untuk dijadikan kepingan cantum gambar. Ini akan menggalakkan kanak-kanak untuk bermain dan menyiapkan cantuman gambar yang mereka sendiri kongsikan itu.
 

  • Kanak-kanak turut menyumbang dalam pembuatan game interaktif ini apabila mereka digalakkan untuk menghasilkan kad mereka sendiri. Contohnya melalui fun card, kanak-kanak akan menggunakan wajah mereka sendiri untuk diletakkan pada gambar yang mereka kehendaki untuk dijadikan kad. Ini akan memberi keseronokan kepada kanak-kanak.

  • Memberi penghargaan kepada kanak-kanak. Misalnya melalui kandungan permainan ‘ The detective game’ , kanak-kanak yang berjaya melepasi satu peringkat untuk ke peringkat yang lain akan mendapat sijil pengiktirafan. Ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka.


  • Boleh di-print. Terdapat sesetengah kandungan yang boleh di-print. Ini akan memudahkan kanak-kanak untuk melakukannya tanpa perlu on-line setiap masa. Selain itu, dengan salinan ini, ibu bapa atau guru dapat menghargai hasil kerja kanak-kanak dengan menampalnya di dalam kelas atau pun di rumah.

  • Mementingkan keselamatan. Childtopia mementingkan keselamatan pelanggannya apabila turut memberi amaran kepada pelanggan tentang amaran epilepsi. Ini membuktikan mereka bukan sekadar melakukan perniagaan untuk keuntungan, malah menitikberatkan keselamatan penggunanya.
 
KELEMAHAN :
  • Kandungannya tidak dikawal. Perkongsian yang dilakukan di serata negara tanpa ditapis mengakibatkan gambar-gambar yang tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak turut terdapat laman web tersebut.

  • Bahasa yang kasar dan kesat yang digunakan juga turut akan memberi kesan negatif kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa harus memantau program-program yang digunakan.

  • Terdapat kandungan permainannya yang mengambil masa yang panjang. Ini akan menimbulkan kebosanan kepada kanak-kanak

        3. Preschool
    KELEBIHAN
    Pre-school ini baik untuk untuk kanak-kanak kerana web ini mempunyai banyak tema yang sesuai dengan kanak-kanak dan termasuk guru dan ibu bapa. Antara tema yang terdapat dalam web ini adalah :
    a.       Animal
    b.      Babies
    c.       Bath time
    d.      Colour
    e.      Crocodile
    f.        Fire fighters
    g.       Fish
    h.      Gorillas
    i.         Monkey
    j.        Music
    k.       Pets
    l.         Shapes
    m.    Teddy bear
    n.      Trains
    Melalui tema ini terbahagi pula kepada kategori,
                           1. On-line story
                           2. On-line activity
                           3. Take-home activity
                           4. Suggested reading
                           5. Parent’s activity
    Ini adalah salah satu contoh on-line story yang terdapat dalam web ini. On-line story ini amat baik kerana cerita yang terdapat dalam web ini akan memperkenalkan nama-nama haiwan mengikut tema-tema yang tersedia. Dalam web ini juga menceritakan tentang ciri-ciri haiwan yang berkaitan. Selain itu juga web ini menceritakan tentang sifat haiwan tersebut, ini akan meningkatakan pengetahuan kanak-kanak terhadap haiwan. Selain itu bunyi yang terdapat dalam video akan lebih menarik kanak-kanak untuk belajar. Ini kerana kanak-kanak lebih minat menonton video. 
    Ini salah satu contoh aktiviti yang ada dalam on-line aktiviti. On-line activity ini amat baik untuk kanak-kanak yang berusia enam tahun. Ini kerana activity 0n-line ini dapat menjana kemahiran kognitif kanak-kanak kerana ia menguji minda kanak-kanak dengan bertanya soalan tentang ciri-ciri atau pengelasan haiwan misalnya haiwan yang berjalan, berenang, dan lain-lain lagi. 

    Take home activity ini juga sesuai untuk pengajaran guru didalam kelas. Ini kerana ia mudah untuk kanak-kanak untuk mengikut aktiviti yang disediakan. Ini juga sesuai untuk perkembangan motor halus kanak-kanak. Selain itu juga, aktiviti dalam take home aktiviti ini amat menarik kanak-kanak untuk belajar. Aktiviti yang terdapat dalam take home activity ini juga sesuai untuk semua peringkat umur. Bahan-bahan yang digunakan didalam aktiviti di dalam take home activity ini senang didapati.

    untuk keterangan lebih lanjut, ibu bapa atau guru boleh layari laman web yang tertera diatas.

    KELEMAHAN
    Kanak-kanak akan lalai jika tanpa kawalan ibu bapa atau guru. Ini kerana kanak-kanak akan leka dengan dunia sekeliling. Kanak-kanak juga kurang bersosial kerana dengan menonton semua ini kanak-kanak tidak memerlukan kawan.

     4. Smarty Games

    Smartygames.com dihasilkan oleh satu pasukan yang berdedikasi dan berbakat seperti pengaturcara perisian, jurutera, guru, pereka dan penterjemah yang tinggal di Amerika Syarikat, Eropah dan Amerika Selatan. Smarty games ialah website yang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 3-10 tahun dan merupakan permainan pendidikan yang percuma dan menyeronokkan untuk kanak-kanak di internet. Website ini adalah untuk membantu kanak-kanak menaikkan semangat mereka untuk belajar. Website ini akan membantu kanak-kanak dari segi kreativiti, menyelesaikan masalah, kemahiran matematik dan banyak lagi.

    Antara permainan percuma yang disediakan di dalam Smarty Games ini ialah :

    1. Michael Saves School
    2. Math
    3. Money
    4. Time
    5. Reading
    6. Counting
    7. Colour
    8. Dots
    9. Dress-up
    10. Mazes
    11. Sudoku
    12. Memory
    13. Puzzles
    14. The Pirates Island
    15. Super Michael 1
    16. Space Mining


    Selain itu, Smarty Games juga menyediakan mobile games kepada pengguna yang mempunyai iPhone. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini di iPhone. 


    Reading ini terbahagi kepada 5 permainan. Contohnya alphabet, verbs, stories, cuentos  dan games. Alphabet ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur di antara 3-5 tahun kerana mempunyai kad bergambar dan ditunjukkan huruf daripada A-Z berserta gambar. Contohnya A untuk Ant, B untuk Bee dan lain-lain lagi. 

    Verbs pula adalah untuk mengajar kanak-kanak tentang kata kerja yang mudah berserta gambar bagi memudahkan kanak-kanak lebih faham. Contohnya menangis, tidur, melompat dan lain-lain lagi.

    Stories merupakan buku cerita yang boleh di baca oleh kanak-kanak. Antaranya ialah The Ugly Duckling, The Bremen Musicians dan banyak lagi. Kepada pengguna yang tidak mahu membaca, stories ini mempunyai pembesar suara yang membolehkan pengguna mendengar sahaja cerita tersebut. Manakala cuentos pula merupakan buku cerita yang berbahasa Spanish.

    Games yang disediakan seperti mengeja perkataan yang betul dan akan dikira masa. Soalan yang diberikan sebanyak 15 soalan. Selain itu, games ini juga menyediakan permainan meneka perkataan yang tepat dan harus menekan papan kekunci sahaja.

    Tambahan lagi, bagi pengguna yang ingin menggunakan Bahasa Spanish, permainan ini menyediakan bahasa tersebut. 

    KELEBIHAN

    Dengan permainan ini, kanak-kanak dapat menambahkan ilmu pengetahuan tanpa perlu ibu bapa membelanjakan wang seperti kad bergambar yang menunjukkan kata kerja dan sebagainya. Kanak-kanak akan dapat menambahkan perbendaharaan kata dengan mendengar buku cerita yang disediakan. Selain itu, kanak-kanak juga akan dapat meningkatkan minat membaca. Kanak-kanak juga boleh dapat menyelesaikan masalah dan menjawab soalan dengan tepat. Hal ini akan membantu kanak-kanak dari segi perkembangan kognitif mereka.

    KELEMAHAN

    Permainan ini tidak dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak akan leka bermain di hadapan komputer dan tiada perbincangan antara kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. 


    Colorbooks ini mempunyai 31 gambar untuk diwarnakan. Cara permainan ini mudah iaitu kanak-kanak hanya memilih warna apa yang mereka mahu contohnya merah dan letakkan sahaja di tempat yang mahu diwarnakan. 
    KELEBIHAN

    Permainan ini dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak kerana mereka akan memilih warna yang sesuai untuk gambar tersebut. Di samping itu, kanak-kanak juga akan mengetahui serba sedikit tentang warna seperti hijau, kuning, biru dan lain-lain lagi. Selain itu, colorbooks juga boleh di cetak terus dari permainan ini.


    KELEMAHAN

    Permainan ini tidak akan dapat meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak. Kanak-kanak tidak bercampur dengan orang lain dan hanya melakukan aktiviti seorang diri sahaja serta tidak berkomunikasi dengan orang orang lain. 



    Puzzles ini menyediakan 18 gambar yang harus disusun dengan betul. 

    KELEBIHAN

    Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak perlu menyelesaikan masalah dengan menyusun gambar dengan betul. Selain itu, kanak-kanak dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka dengan melihat gambar yang akan disusun itu.

    KELEMAHAN

    Permainan ini juga tidak dapat meningkatkan perkembangan sosial kanak-kanak seperti permainan-permainan di atas. Kanak-kanak tidak akan berkomunikasi dengan orang lain dan akan membuat halnya sendiri. Selain itu,permainan ini mengambil masa yang lama mengikut kepintaran kanak-kanak. Hal ini akan membuatkan kanak-kanak bosan sekiranya mereka mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. 

    Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web tersebut iaitu di http://smartygames.com/

    5. Crayola

        Crayola merupakan satu website yang sesuai untuk aktiviti kanak-kanak. Disamping itu, guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan website ini. Aktiviti yang disedaikan sesuai bagi kanak-kanak prasekolah ke bawah.
         Pengasas utama Crayola ialah Josseph Binney. Penemuan pada tahun 1864. Crayola merupakan produk yang mementingkan keselamatan dan kualiti kepada pengguna. Pada tahun-tahun berikutnya Crayola telah member latihan kepada guru-guru untuk memperkenalkan produk mereka. 

    Antara panduan di website ini :
    1.    Coloring pages
    2.    Craft ideas
    3.    Games and Fun
    4.    Products
    5.    For Educators
    6.    For Parents
    KEBAIKAN :
    Coloring pagesada 13 kategori dan boleh diprint out secara online. Terdapat lebih kurang 1000 aplikasi percuma yan boleh dipilih di laman ini. Setiap bulan Crayola akan memuat naik aplikasi mewarna yang baru bagi kegunaan pelanggan.
    Craft ideas terdapat pelbagai jenis kraft yang boleh dijadikan panduan. Boleh dipilih melalui pemilihan jenis, tema atau produk. Selain itu, crayola juga memberi panduan keselamatan kepada pengguna.
    Games and Funterdapat 2 jenis aplikasi iaitu card creator dan certificate maker. Card creator adalah seperti kad ucapan. Terdapat pelbagai jenis ucapan.
    Productsdisini pengguna dapat melihat produk-produk crayola untuk kegunaan harian dan dimana lokasi boleh mendapatkan produk ini.
    For Educatorsuntuk kegunaan guru. Disini terdapat rancangan pengajaran yang sesuai untuk semua peringkat umur kanak-kanak, pra sekolah dan berkeperluan khas. Rancangan pengajaran yang merangkumi pelbagai jenis tema, subjek dan produk. Guru boleh menggunakan rancangan mengajar di laman ini untuk kegunaan di kelas.
    For Parentsmemberi banyak info kepada ibu bapa dan membantu menerapkan kreativiti dalam diri kanak-kanak . aplikasi ini boleh digunakan oleh ibu bapa dirumah.
    KELEMAHAN :
    1.  Ibu bapa perlu bersama kanak-kanak ketika melakukan aktiviti ini kerana terlalu banyak benda yang boleh di klik dan khuatir kanak-kanak keliru dengan arahan di laman ini.
    2.   Kanak-kanak perlu memahami Bahasa Inggeris terlebih dahulu dan memerlukan tunjuk
        ajar ibu bapa supaya dapat memudahkan kanak-kanak menggunakan laman ini.


     6. Starfall
    Starfall.com telah diasaskan pada September 2002 sebagai satu perkhidmatan awam percuma untuk mengajar kanak-kanak untuk membaca dengan fonik. Pendekatan fonik sistematik Starfall.com, bersama-sama dengan amalan kesedaran fonemik, sempurna untuk prasekolah, bahasa pembangunan tadika, kelas pertama, gred kedua, pendidikan khas, homoschool, dan Bahasa Inggeris Starfall.com adalah alternative pendidikan kepada pilihan-pilihan hiburan untuk kanak-kanak yang lain.
    Pada bulan Mei 2009, Starfall.com telah mengeluarkan Reading Starfall Tadika Kurikulum Sastera dan Bahasa. Kaedah pengajaran Starfall.com telah mendorong kanak-kanak yang diarahkan arahan, dan menyokong pembelajaran bahasa inggeris dan bergelut pembaca pembelajaran bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Sila layari The Store Starfall lain kos rendah fonik jurnal dan buku-buku yang berjajaran laman web ini.

    KEBAIKAN :
         Starfall.com dibahagikan kepada empat kategori iaitu :
                    ·          ABCs (Lets get rady to read)
                    ·         Learn to read
                    ·         Its fun to read
                    ·         I’m reading
       Website ini lebih tekankan kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal huruf serta kanak-kanak yang baru mula untuk membaca. Melalui 4 peringkat yang disebut tadi, ia melalui tahap pembacaan secara berperingkat. Sebagai contoh, bagi kategori yang pertama iaitu ABCs, ia lebih didedahkan dengan huruf-huruf bersama foniknya dan ini dapat memudahkan kanak-kanak untuk mengenal huruf serta mendapat imbuhan sesuatu perkataan. malahan terdapat banyak contoh yang telah diberikan oleh Starfall.com dan disertakan bersama gambar-gambar animasi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk meneroka Starfall.com . Seterusnya, bagi kategori kedua iaitu Learn To Read adalah kategori yang memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak untuk belajar membaca. Pada kategori ini, kanak-kanak dapat pelajari sesuatu ayat melalui foniknya yang akan didengari dan juga mudah untuk kanak-kanak mengecam sesuatu ayat kerana ia mempunyai warna yang berbeza pada sesuatu perkataan tersebut untuk membezakan foniknya. Pada kategori yang ketiga pula iaitu, Its Fun To Read lebih mendedahkan kepada ayat-ayat yang mudah kepada kanak-kanak dengan disertakan gambar dan cerita yang menarik. Sebagai contoh, didalam kategori ini terdapat poem,komik,bahasa yang mempunyai fonik yang sama dan lain-lain lagi yang dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk membaca. Pada kategori yang terakhir pula, iaitu I’m Reading lebih mendedahkan buku cerita yang disertakan intonasi bunyi yang telah disediakan. Malahan , ia sangat mudah untuk kanak-kanak membaca sesuatu perkataan dengan menekan perkataan yang ingin didengari.
    KELEMAHAN :
       Walaubagaimanapun, Starfall.com sebenarnya ada mendedahkan aktiviti yang lain seperti mewarna,mengira,menyanyi, mengenal warna dan lain-lain lagi. Tetapi ia hanya boleh diakses dengan versi percubaan sahaja. Jika, ibu bapa diruah ataupun guru-guru taska yang ingin mengakses lebih di Starfall.com kenalah melanggan dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.






    No comments:

    Post a Comment