Sunday 26 February 2012

Penyelesaian Isu


  •       Pemilihan Program Dalam Internet 
Masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulan mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer srta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidan terjun. Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negatif dapat dielakkan. Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak merebak dikalangan kanak-kanak. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi,Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang (BeritaHarian, March 1999).

  •        Perancangan Yang Teratur
Antara perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia danmemastikan tiada masalah semasa pelajar menjalankan aktiviti. Selain itu juga, guru harus menentuan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau individu serta waktu penggunaan sama ada penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Selain itu juga, guru harus membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menyeronokkan dan mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak pada pnggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan produk software untuk kanak-kanak menumpukan dalam mencari cari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas (DorisBergen, 2001)

No comments:

Post a Comment