Sunday 26 February 2012

Definisi ICT


      ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Informationand Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

      Teknologi Maklumat (Information Technology ) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology ) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

      Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

No comments:

Post a Comment