Sunday 26 February 2012

Isu yang dikemukakan


  • Keburukan Internet Kepada Kanak-Kanak
           Berdasarkan kajian dan contoh dari negara maju, internet amat membantu pelajar tidak mengira peringkat umur namun masih terdapat kebimbangan dikalangan para pendidik dan ibu bapa dimana penggunaan internet hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak jika tidak dikawal. Penggunaan internet tanpa kawalan hanya akan mendatangkan kesan buruk tanpa batas dan termasuklah berborak tanpa tujuan. Penggunaan ICT yang tidak dirancang hanya akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif dan berkesan dan seterusnya menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT serta mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar sesuatu bidang ilmu. Pada masa kini, pelbagai kaedah telah dibuat bagi mengelakkan masalah yang disebabkan dariinternet namun perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Pihak yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak juga terdedah kepada gejala negatif internet seperti pornografi dan sebagainya (Berita Harian, March1999)
  • Keburukan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Ahli-ahli pendidik di Negara barat merasakan perkara yang sama di mana mereka bimbang sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di sana bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Salah satu suara kritik yang lantang datang dari satu organisasi di Amerika yang memanggil diri mereka, the Alliance for Childhood.Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh the Alliance, bertajuk, Fool’s Gold: A critical look at computers in Childhood (Cordes & Miller, 1999) melaporkan kebimbangan seperti risiko kesihatan, menjejaskan kreativiti melalui aktiviti “drill and practice”, mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti bermain yang lebih membina.

Kerisauan yang sama juga diutarakan oleh Children and Computer Technology (2000), terbitan jurnal, The Future of Children. Kedua-duanya mengeluarkan pernyataan bahawa penggunaan komputer akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak kerana ia menggantikan masa yang kanak-kanak boleh menggunakannya untuk melaksanakan akiviti-aktiviti yang lebih membina dan bermakna seperti bermain dengan bongkah, air, pasir, meneroka dengan alat dan bahan menulis dan melukis serta peralatan permainan dramatic (Lim Keat Heng, 2007) Jean Healy (1998), pengarang buku, Failure to Connect  juga berpendapat bahawa pelajar  prasekolah tidak sesuai menggunakan peralatan komputer. “ I now think age 7 is a reasonableage to think about it. Some experts say 11. I believe preschoolers and kindergarteners have no business playing with these machines” (How computers affect our children’s minds? Technos, 8,(Winter, 1999) 13-19 (Lim Keat Heng, 2007).

No comments:

Post a Comment