Definisi Sains Awal
Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai
ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat alam. Bidang sains mengandungi tiga
aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph Abruscato
(2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif
bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi. Dengan kata lain,sains
adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik.
Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains
seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.
Oleh itu, pendedahan awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak
membina rasa tanggunjawab dan prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar.
Interaksi positif yang dialami secara terus membantu peningkatan kanak-kanak
dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan dalam jangka masa panjang.
Merujuk
kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori
dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali
sebagai pra-sains. Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah
sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak setiap hari apabila mereka bertanyakan
soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais, menunggang basikal, mengasah
pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah sesuatu yang
berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.
Menurut
Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif. Kenyataan
ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan
mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian
mereka. Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh
kanak-kanak. Melalui proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan
kefahaman berhubung dengan fonomena yang dialami.
Proses
Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep
pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang
mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi
dengan bahan-bahan pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan
baik daripada pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina
kefahaman saintifik.
Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi
pendekatan hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi
ruang dan peluang kanak-kanak membina kefahaman sendiri dengan bantuan guru.
Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains adalah :
§ Membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran
kanak-kanak.
§ Memberi peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat
§ Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran berfikir secara
kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat penakulan.
§ Membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan
nilai murni.
Dan disini ada beberapa cadangan laman web untuk kanak-kanak
mempelajari tentang pendidikan sains dengan hanya satu 'klick' saja dan ini
sangat membantu kepada kanak-kanak pada zaman sekarang yang lebih gemar
menggunakan ICT dalam harian serta ia memudahkan ibu bapa yang berada di rumah
untuk mendidik anak-anak mereka dengan pendidikan sains.
No comments:
Post a Comment