- Pemilihan Program Dalam Internet
Masalah-masalah
yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat
banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulan mempunyai
kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer srta cara mengakses
internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah memastikan terdapat
keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT dapat membantu murid memahami
dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti benar-benar wujud
keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidan
terjun. Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai
dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negatif dapat dielakkan.
Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga
telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai guru, adalah penting untuk
bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak merebak dikalangan
kanak-kanak. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi,Universiti
Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat
daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan
khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan
tindakan undang-undang (BeritaHarian, March 1999).
- Perancangan Yang Teratur
Antara
perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di
dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk
menyelia danmemastikan tiada masalah semasa pelajar menjalankan aktiviti.
Selain itu juga, guru harus menentuan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran secara berkumpulan atau individu serta waktu penggunaan sama
ada penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Selain itu juga, guru
harus membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian yang
digunakan oleh kanak-kanak. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menyeronokkan
dan mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak pada pnggunaan internet dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan produk software untuk kanak-kanak
menumpukan dalam mencari cari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas
(DorisBergen, 2001)