Sunday 26 February 2012

Penyelesaian Isu


  •       Pemilihan Program Dalam Internet 
Masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kebiasaannya berpunca dari cara pengendalian guru itu sendiri. Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu guru pertimbangkan iaitu guru perlulan mempunyai kemahiran mengendali peralatan ICT seperti komputer srta cara mengakses internet yang betul dan selamat. Guru juga haruslah memastikan terdapat keperluan untuk mengguna ICT iaitu penggunaan ICT dapat membantu murid memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki. Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT bukan dibuat secara bidan terjun. Pemilihan laman web juga penting untuk menentukan laman yang sesuai dengan tahap umur kanak-kanak tersebut agar kesan negatif dapat dielakkan. Masalah jenayah internet banyak disebut dalam bidang ini dan banyak kaedah juga telah dibuat bagi membendung masalah ini. Sebagai guru, adalah penting untuk bijak memilih perisian yang sesuai agar masalah ini tidak merebak dikalangan kanak-kanak. Prof Madya Mohd Safar Hashim dari Jabatan Komunikasi,Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata bahan pornografi boleh ditapis dan disekat daripada kanak-kanak manakala mereka yang menyebar bahan berunsur fitnah dan khabar angin yang menjejas ketenteraman awam boleh dikesan dan dikenakan tindakan undang-undang (BeritaHarian, March 1999).

  •        Perancangan Yang Teratur
Antara perancangan yang perlu dibuat adalah dari segi lokasi peralatan ICT sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Ini akan memastikan guru mampu atau tidak untuk menyelia danmemastikan tiada masalah semasa pelajar menjalankan aktiviti. Selain itu juga, guru harus menentuan sama ada penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan atau individu serta waktu penggunaan sama ada penggunaan di dalam atau di luar waktu persekolahan. Selain itu juga, guru harus membuat penilaian terhadap bahan ICT seperti komputer dan perisian yang digunakan oleh kanak-kanak. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menyeronokkan dan mampu menarik perhatian dan minat kanak-kanak pada pnggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan produk software untuk kanak-kanak menumpukan dalam mencari cari yang paling seronok sambil belajar kemahiran asas (DorisBergen, 2001)

Isu yang dikemukakan


  • Keburukan Internet Kepada Kanak-Kanak
           Berdasarkan kajian dan contoh dari negara maju, internet amat membantu pelajar tidak mengira peringkat umur namun masih terdapat kebimbangan dikalangan para pendidik dan ibu bapa dimana penggunaan internet hanya akan mendatangkan kesan negatif kepada kanak-kanak jika tidak dikawal. Penggunaan internet tanpa kawalan hanya akan mendatangkan kesan buruk tanpa batas dan termasuklah berborak tanpa tujuan. Penggunaan ICT yang tidak dirancang hanya akan mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga serta menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif dan berkesan dan seterusnya menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT serta mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh murid untuk belajar sesuatu bidang ilmu. Pada masa kini, pelbagai kaedah telah dibuat bagi mengelakkan masalah yang disebabkan dariinternet namun perdebatan mengenainya di kalangan tokoh akademik dan pemimpin masyarakat masih berlaku. Pihak yang menyokong khuatir terhadap kemungkinan kanak-kanak juga terdedah kepada gejala negatif internet seperti pornografi dan sebagainya (Berita Harian, March1999)
  • Keburukan Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Ahli-ahli pendidik di Negara barat merasakan perkara yang sama di mana mereka bimbang sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di sana bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Salah satu suara kritik yang lantang datang dari satu organisasi di Amerika yang memanggil diri mereka, the Alliance for Childhood.Dalam satu artikel yang diterbitkan oleh the Alliance, bertajuk, Fool’s Gold: A critical look at computers in Childhood (Cordes & Miller, 1999) melaporkan kebimbangan seperti risiko kesihatan, menjejaskan kreativiti melalui aktiviti “drill and practice”, mengambil masa yang sepatutnya digunakan untuk aktiviti bermain yang lebih membina.

Kerisauan yang sama juga diutarakan oleh Children and Computer Technology (2000), terbitan jurnal, The Future of Children. Kedua-duanya mengeluarkan pernyataan bahawa penggunaan komputer akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak kerana ia menggantikan masa yang kanak-kanak boleh menggunakannya untuk melaksanakan akiviti-aktiviti yang lebih membina dan bermakna seperti bermain dengan bongkah, air, pasir, meneroka dengan alat dan bahan menulis dan melukis serta peralatan permainan dramatic (Lim Keat Heng, 2007) Jean Healy (1998), pengarang buku, Failure to Connect  juga berpendapat bahawa pelajar  prasekolah tidak sesuai menggunakan peralatan komputer. “ I now think age 7 is a reasonableage to think about it. Some experts say 11. I believe preschoolers and kindergarteners have no business playing with these machines” (How computers affect our children’s minds? Technos, 8,(Winter, 1999) 13-19 (Lim Keat Heng, 2007).

Penggunaan bahan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


Sama seperti pengenalan sistem baru dalam kurikulum pembelajaran di sekolah sama ada sekolah rendah atau pun sekolah menengah, Penggunaan ICT dalam pembelajaran Pendidikan Awal kanak-kanak juga, pada mulanya mendapat pandangan serong daripada para pendidik. Sejak komputer diperkenalkan kepada kanak-kanak di negara barat, para ahli pendidik di situ juga bimbang bahawa penggunaannya boleh mendatangkan kesan yang negatif kepada kanak-kanak. Namun begitu, penggunaan bahan ICT terus digalakkan walaupun perkembangannya agak perlahan. Ini kerana perkembangan semasa terus mengubah pandangan para pendidik tidak kira di mana juga. 

Guru-guru prasekolah menggunakan kelebihan ICT adalah untuk mencari bahan, maklumat yang dapat membantu mereka dalam sesi pengajaran di sekolah. Terdapat banyak sumber yang mudah didapati dan berguna kepada guru-guru prasekolah. Penggunaan bahan ICT agak terkenal di Negara-negara barat dan kebiasaannya aktiviti seperti nyanyian, mereka akan menggabungkan pembelajaran dengan penggunaan software atau perisian yang sesuai dengan kanak-kanak. Misalnya,Radio Disney Music Mix Studio dimana mereka boleh mencipta lagu mereka sendiri dan mempelajari tentang pelbagai alat muzik menggunakan perisian tersebut. Selain itu, pembelajaran matematik menggunakan perisian Magic School  Bus : Whale and Dolphin dan melaluinya dapat membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah.

Penggunaan internet juga membantu contohnya laman web PBS menyediakan pembelajaran literasi yang baik untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 8 tahun. Disini, mereka dapat membaca dan juga mempunyai pelbagai aktiviti. Selain itu, laman National Geographic Kids membekalkan maklumat tentang geografi, penjelajahan, kraf, aktiviti sains untuk kanak-kanak (Doris Bergen,2001) mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

Kepentingan ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak


      Sistem kurikulum prasekolah telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar prasekolah dari segi JERI namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di prasekolah. 

      Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. 

      Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajar-pelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet. Mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Di samping itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Seterusnya, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global. 

       Melalui ICT, pelajar-pelajar mudah untuk menghubungi ataupun melibatkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara semasa sesi pembelajaran. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru prasekolah dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Malah , ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. 
     
      Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer dikelas. Ini akan sekali gus dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka kearah pembelajaran individu. Selain itu juga, dengan adanya internet, pelajar dan guru juga mudah untuk mengakses maklumat yang sukar dicari sertamahal untuk diperolehi. Bukan itu saja, ICT juga membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta juga dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar.

Kepentingan ICT


  1. Teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan.
  2. Untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej 
  3. Digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.             
8  

Definisi ICT


      ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Informationand Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat.

      Teknologi Maklumat (Information Technology ) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology ) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

      Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen,telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.